Pegawai bank maut jatuh terhempas di tingkat tujuh

Anggota bomba membantu menurunkan mangsa. - FOTO BOMBA
Anggota bomba membantu menurunkan mangsa. - FOTO BOMBA
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai bank maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 13, tetapi jatuh terhempas di tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Kempas Utama, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, mangsa dikenali Yen, 33, yang beralamat di Taman Desa Kluang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, anggota Balai Polis Kempas menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki telah terjatuh bangunan.

“Pasukan polis yang berkejar ke lokasi kejadian mendapati tempat tersebut merupakan kawasan pangsapuri 35 tingkat.

“Pemeriksaan dijalankan ke atas si mati dalam keadaan terbaring di Tingkat tujuh blok D pangsapuri berkenaan.

“Tiada sebarang nota ditinggalkan oleh si mati dan dipercayai si mati telah terjun dari tingkat 13 dan jatuh terhempas di tingkat tujuh,” katanya.

Mohd Taib berkata, pihak bomba telah membantu menurunkan mangsa dari balkoni tingkat tujuh untuk dibawa ke hospital.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat,” katanya yang memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!