Polis berjaya cekup dua beradik si pencuri kereta

Chee Khoon menunjukkan kenderaan curi yang dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.
Chee Khoon menunjukkan kenderaan curi yang dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua beradik lelaki dipercayai terbabit dalam empat kes curi kenderaan sekitar daerah ini berjaya diberkas polis pada 30 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, dalam serbuan polis jam 9 malam itu menahan kedua-dua suspek berusia 18 dan 25 tahun di sebuah rumah di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang.

Menurutnya, dua beradik yang juga penagih dadah dipercayai aktif melakukan kegiatan curi kenderaan sejak enam bulan lalu.

"Hasil risikan dan maklumat awam, polis berjaya mengesan dua beradik yang menjalankan kegiatan mencuri kenderaan iaitu masing-masing sebuah Proton Satria, Proton Wira dan Perodua Kancil termasuk satu kes curi bateri sebuah lori," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Chee Khoon berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methaphetamine.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan dua lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, dua beradik itu kini direman selama empat hari bermula 31 Mei lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!