Isma Kuala Lumpur salur bantuan persiapan Aidilfitri

Osman (dua dari kiri, duduk) bergambar bersama penerima sumbangan Bakul Kasih Ramadan di PPR Desa Tun Razak, Sabtu lalu.
Osman (dua dari kiri, duduk) bergambar bersama penerima sumbangan Bakul Kasih Ramadan di PPR Desa Tun Razak, Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuala Lumpur memilih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak Cheras untuk menyumbangkan wang tunai serta 70 pek keperluan makanan di program Bakul Kasih Ramadan, Sabtu lalu.

Bertitik tolak niat membantu seorang ibu tunggal, Marsyila Zakaria, 35, yang tular membesarkan tujuh anak serba kekurangan sehingga makan nasi berlauk garam membongkar lebih banyak keluarga susah yang memerlukan bantuan.

Yang Dipertua Isma Kuala Lumpur, Dr Osman Md Rasip berkata, dengan kerjasama beberapa penaja terdiri usahawan dan orang perseorangan berjaya mengumpulkan dana sebelum agihan dibuat sepanjang Ramadan ini.

"Sepanjang Ramadan ini sebanyak RM20,000 bantuan telah diagihkan tidak termasuk di PPR Desa Tun Razak Cheras melibatkan penerima terdiri golongan kurang upaya, asnaf, anak yatim dan ibu tunggal.

Osman (kanan) menyampaikan duit raya dan pek makanan kepada salah seorang penerima dalam program Bakul Kasih Ramadan di PPR Desa Tun Razak, Sabtu lalu.
Osman (kanan) menyampaikan duit raya dan pek makanan kepada salah seorang penerima dalam program Bakul Kasih Ramadan di PPR Desa Tun Razak, Sabtu lalu.

"Alhamdulillah, usaha mengumpulkan dana menerusi media sosial dan dihebahkan dari mulut ke mulut berjaya dilakukan dalam tempoh seminggu, banyak keluarga dapat dibantu sebagai persediaan Aidilfitri," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kebajikan Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak, Anuar Sudin berkata, kebanyakan penghuni yang tinggal di kawasan tersebut berpendapatan bawah RM2,000.

"Hanya 700 unit daripada 1,824 unit dibeli selepas ditawarkan beberapa tahun lalu. Kebanyakan yang tinggal di sini adalah yang berpendapatan rendah juga warga emas.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini sebanyak empat pihak tampil menyalurkan sumbangan sepanjang Ramadan kali ini. Kami agihkan mengikut keutamaan berdasarkan data yang dikumpulkan bagi mengurangkan beban golongan memerlukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!