'Cari duit raya dengan berjudi'

Antara individu yang dikesan penguatkuasa dalam Ops Taruh sepanjang Ramadan di sekitar Johor.
Antara individu yang dikesan penguatkuasa dalam Ops Taruh sepanjang Ramadan di sekitar Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - "Nak raya ni bang, nak pakai duit." Ini antara alasan yang diberikan kaki judi ketika ditahan dalam serbuan Ops Taruh yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sepanjang Ramadan ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata perbuatan tidak menghormati kesucian Ramadan dilakukan secara terang-terangan di premis-premis perjudian.

"Untuk operasi kali ini tidak ada yang cuba lari. Biasanya operasi bulan lain pegawai sampai terpaksa bergelut dengan kaki judi ini.

"Macam-macam alasan termasuk nak cari duit untuk sambutan hari raya. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini tidak sewajarnya umat Islam terlibat dengan perbuatan yang jelas salah dan dilarang oleh ajaran Islam," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya seramai sembilan individu berusia antara 28 tahun hingga 63 tahun ditahan dibawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (1997) bagi seluruh negeri Johor iaitu JB (2), BP (1), Kluang (3), Pontian (2) dan Tangkak (1).

Kesemuanya dibebaskan dengan seorang penjamin sementara menanti kes dituduh di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!