AS kenakan sekatan terhadap 17 rakyat Saudi

Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan itu, semalam.
Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan itu, semalam.
A
A
A
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi ke atas 17 warga Arab Saudi yang terlibat dalam pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi termasuk pembantu Putera Mahkota, Mohammed Salman.

Jabatan Perbendaharaan mengumumkan sekatan itu, semalam selepas pendakwa raya awam Riyadh memaklumkan lima individu bakal berdepan hukuman mati.

"Mereka yang melakukan pembunuhan kejam ke atas wartawan yang menetap dan bekerja di AS perlu menerima akibat atas perbuatan mereka," kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steve Mnuchin.

Antara mereka yang berdepan sekatan itu adalah Saud al-Qahtani yang dipecat daripada jawatan pembantu kanan Putera Mohammed dan Konsul Umum, Mohammad al-Otaibi.

Sekatan itu mengehadkan akses kepada sistem kewangan AS dan membekukan aset yang mana ia akan dilaksanakan di bawah akta yang menyasarkan individu terlibat rasuah dan melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang serius.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun, sekatan itu tidak menjejaskan jualan senjata Washington ke Riyadh seperti yang dijanjikan Presiden Donald Trump sebelum ini. - Press TV

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!