Ibu bapa juara Muay Thai syak anak mati dibunuh

Nitiyaporn ditemui mati tergantung di bilik asramanya di Ratchaburi pada Isnin lalu.
Nitiyaporn ditemui mati tergantung di bilik asramanya di Ratchaburi pada Isnin lalu.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Ibu bapa kepada juara dunia Muay Thai wanita yang mayatnya ditemui tergantung di bilik asrama di Ratchaburi kelmarin, mengesyaki anak mereka mati dibunuh.

Pasangan Suriyant Srisalai dan isterinya, Kingkaeo membuat kesimpulan itu selepas menyedari kesan lebam pada leher anak mereka terlalu rendah.

Siasatan awal polis kelmarin mendapati, Nitiyaporn Srisalai, mungkin menggantung diri di bawah pengaruh alkohol.

Kematian jaguh berusia 22 tahun itu disedari rakannya yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Jika benar dia menggantung diri, tanda lebam pada lehernya tentu tinggi.

"Menerusi gambar polis, saya lihat ada dua kesan lebam di lehernya.

"Seolah-olah anak saya dijerut ketika sedang berbaring," ujar Suriyant.

Malah tambah Suriyant, kerusi yang kononnya digunakan untuk membunuh diri terlalu dekat dengan tubuh anaknya.

Artikel Berkaitan:

Suriyant juga memaklumkan, anaknya kerap diganggu seorang lelaki berusia 50-an meskipun sudah mempunyai teman lelaki.

Difahamkan, Nitiyaporn mengambil kursus Muay Thai di Universiti Muban Chombueng Rajabhat.

Nitiyaporn adalah juara dunia bagi divisyen 51 kilogram. - Bangkok Post



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!