Mantai Perdana Shah Alam diserbu orang ramai
SHAH ALAM - Ribuan masyarakat sekitar Shah Alam tidak melepaskan peluang mendapatkan daging pada harga yang lebih rendah dari pasaran di program Mantai Perdana Aidilfitri 2019 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata ini merupakan antara inisiatif kepada masyarakat untuk mendapatkan daging pada harga yang berpatutan.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan. Dalam masa empat jam kita sudah habis menjual sebanyak enam ekor lembu, saya kira kita akan dapat habiskan 20 ekor lembu jenis Brahman Australia yang diperuntukkan dalam program ini lebih awal dari yang dijangka," katanya selepas melakukan lawatan ke lokasi program berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!