Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu ini

 Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan hilal syawal 1440H/2019M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan hilal syawal 1440H/2019M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!