Pengasas Nour Ain akui santuni anak yatim kunci ketenangan

Tamizi (kanan) menyerahkan sijil kepada Imam Masjid Paya Besar di Surau Bukit Pak Kuning baru-baru ini.
Tamizi (kanan) menyerahkan sijil kepada Imam Masjid Paya Besar di Surau Bukit Pak Kuning baru-baru ini.
A
A
A

KUALA KETIL - Usahawan produk kosmetik Nour Ain, Datuk Khairil Azizi Azmy mengakui rezekinya tidak putus-putus sejak menyantuni anak yatim sejak 10 tahun lalu.

Khairil berkata, menyantuni anak yatim sudah menjadi prinsip dalam hidupnya dan amalan itu diterap dalam keluarganya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Elsuhaz (M) Sdn Bhd berkata, menyantuni anak yatim juga kunci ketenangan malah setiap masalah ada jalan keluar.

“Rezeki Alhamdulillah, tak putus-putus.

"Nak kata jutawan tu tak adalah sampai tahap tu lagi, rezeki tak semestinya dengan wang ringgit,” katanya.

Terdahulu, Nur Ain Kosmetik bersama kumpulan motosikal tinggi NVOG, SP Bikers dan NPC Bikers menyampaikan sumbangan tunai dan barangan keperluan Aidilfitri kepada 49 anak yatim dan miskin di Surau Bukit Pak Kuning baru-baru ini.

Wakil kumpulan NVOG, Tamizi Nazir (kanan) menyerahkan sijil kepada Imam Masjid Paya Besar di Surau Bukit Pak Kuning.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!