Kanak-kanak 8 tahun maut kemalangan awal pagi 1 Syawal

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Sungai Ambat dekat Jemaluang hari ini. - Foto Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Sungai Ambat dekat Jemaluang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan maut setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama empat lagi anggota keluarga terlibat dalam kemalangan di Sungai Ambat, Jalan Jemaluang, Mersing, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Marisa Az Zahra Mazlan, lapan tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bapa, ibu dan dua adik beradiknya yang lain yang turut berada dalam kenderaan pula disahkan sekadar mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt, Cyril Edward Nuing berkata kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Felda Tenggaroh.

Sampai di satu kawasan, kenderaan yang dipandu bapa mangsa dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!