'Ya ALLAH ngeri... saya digigit, dihempas'
Nuraini berkata ketika kejadian dirinya sedang menunggang kuda dengan diiringi penjaga kuda di pantai berkenaan.
Bagaimanapun kuda yang ditungganginya itu secara tiba-tiba 'mengamuk' sehingga menyebabkannya jatuh dan turut digigit oleh kuda berkenaan di bahagian pinggangnya.
"Hari tu hari ketiga saya bercuti, saya ke pantai Songkhla dan cuba menaiki kuda.
"Tetapi tiba-tiba saja, tengah saya naik kuda tu saya dengar orang menjerit tapi tak tahu apa dia.
"Rupanya saya di gigit kuda. Ya, ALLAH, ngeri! Ia gigit tak lepas, gigit dan hempas saya," katanya pada sidang media hari ini.
Dia kemudiannya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Songkhla dan menjalani rawatan seterusnya di Hospital Pantai, Ipoh, selama seminggu.
Nuraini, Guru SK Sentul 1 itu turut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong berhubung insiden berkenaan.
Akui trauma dengan kejadian itu, Nuraini berharap agar kejadian itu tidak berulang lagi kepada orang lain.
"Saya nak kongsikan pengalaman supaya orang bersedia dengan insurans dan berhati-hatilah walau di mana sahaja, terutamanya ketika bercuti di luar negara.
"Pasport memang kena bawa tiap-tiap hari, untuk mudahkan urusan kita," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!