Cantiknya Ainul berbaju kurung ungu
LONDON - Di kala umat Islam bergembira di pagi Syawal kedua hari ini, sebuah video adik Ainul Mardiah Ahmad Sufiuddin meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.
Video bertajuk 2 Syawal 1440H: Baju Kurung Ainul yang berdurasi lebih dua minit itu dimuatnaik bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman Facebooknya hari ini.
Dalam rakaman video tersebut, bayi bertuah berumur sembilan bulan itu dipakaikan sepasang baju kurung berwarna ungu oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24 sambil dibantu seorang jururawat.
Lebih meruntun jiwa, video tersebut turut menyelitkan lagu raya, Setitis Cahaya Aidilfitri yang dinyanyikan artis popular, Aishah. Cukup menyentuh emosi di pagi ini.
Dalam video itu dapat dilihat betapa cantik dan comelnya Ainul dipakaikan baju kurung ungu.
"Hari ini berpeluang pakaikan Ainul baju kurung," tulis ringkas Ahmad Safiuddin.
Biarpun ucapannya ringkas, ternyata peluang memakaikan Ainul baju kurung cukup bermakna buat pasangan bertuah itu.
Rata-rata netizen yang memberikan komen cukup terkesan dengan video Ainul sambil menitipkan doa supaya Ainul disembuhkan oleh ALLAH dan ibu bapanya diberikan kekuatan menempuh segala dugaan serta cabaran.
"Ya ALLAH..permudahkanlah segala urusan anak syurga ini...Moga diberi kesembuhan...Sebak hati tengok video ini," tulis Khairul Heazry Bin Wahid.
"Video adik Ainul pakai baju raya.. Terkesan dalam diri saya, hanya ALLAH yang tahu. Moga ALLAH pelihara adik Ainul angkat darjat kesakitan yang adik Ainul tanggung," titip doa Er Zu.
Kepada pembaca Sinar Harian marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon doa kepada ILLAHI: "Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu. Sembuhkanlah Ainul. Ya ALLAH permudahkanlah urusan Ainul. Ya ALLAH, ringankanlah penderitaan Ainul dan berilah ketabahan serta kekuatan buat ibu bapa Ainul".
Video Ainul itu kini ditonton lebih 19,000 kali dan dikongsi lebih 900 pengguna Facebook.
Ainul ketika ini berada di sebuah hospital kanak-ka ak di London bagi mengubati kanser mulut 'Germ Cell Tumor'.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Alhamdulillah, keadaan Ainul semakin baik'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!