Agong beraya bersama rakyat Pahang

Al Sultan bergambar mesra bersama rakyat jelata didan hadapan Istana Abdul Aziz di sini hari ini.
Al Sultan bergambar mesra bersama rakyat jelata didan hadapan Istana Abdul Aziz di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah berkenan meraikan rakyat Pahang pada majlis Sambutan Hari Raya di Istana Abdul Aziz di sini, hari ini.

Ribuan rakyat jelata pelbagai kaum dan lapisan masyarakat kelihatan memenuhi perkarangan istana diiringi keluarga dan rakan taulan masing-masing, seawal jam 9 pagi.

Kesempatan digunakan rakyat jelata untuk beramah mesra bersama baginda secara lebih dekat dan mengambil gambar swafoto bersama.

Bahkan baginda Tuanku tidak lokek menghulurkan salam kepada rakyat serta mengendong bayi tetamu yang menyapa baginda di sepanjang perjalanannya menyantuni rakyat.

Al Sultan Abdullah tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malysia (TUDM) Kuantan dari Istana Negara, kira kira jam 3.30 petang semalam, untuk meraikan rakyat Pahang pada hari ini.

Baginda turut menghadiri rumah terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Pada jam 5 petang nanti baginda dijadualkan berangkat lepas ke Makam Diraja Pekan untuk aturcara tahlil dan bacaan Yaasin Kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Hari Ke-14.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!