Sebuah unit Flat Seri Tanjung terbakar malam tadi

Anggota Bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman di sebuah unit rumah yang terbakar di Flat Seri Tanjung disini semalam.
Anggota Bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman di sebuah unit rumah yang terbakar di Flat Seri Tanjung disini semalam.
A
A
A

SUBANG JAYA - Suasana tenang di sekitar kawasan perumahan di Jalan USJ 16/7, USJ 16 gempar apabila sebuah unit rumah di Flat Seri Tanjung di sini terbakar malam tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat lima flat tersebut dan tidak melibatkan unit lain.

"Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 yang memaklumkan mengenai kejadian pada jam 8.30 malam.

"Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba Subang Jaya dan Balai Bomba Puchong dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai 14 anggota," katanya.

Katanya, setibanya di lokasi pihak bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemadaman.

"Kebakaran melibatkan sebuah unit rumah berkeluasan 600 kaki persegi.

"Kerja-kerja pemadaman kemudiannya dijalankan dan api kemudian berjaya dikawal kira-kira jam 9 malam," katanya.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran mengakibatkan 40 peratus kemusnahan pada unit rumah terbabit.

"Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!