Kerana tak puas hati, tong sampah milik MBMB, SWM dibakar

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah, Amer Md Nor (kanan) menunjukkan kepada ADUN Klebang Gue Teck kedudukan tong sampah dan bekas kebakaran yang dilakukan oleh pencari barangan lusuh.

A
A
A

MELAKA - Gara-gara tidak puas hati kerana berebut kawasan, beberapa pencari barangan lusuh bertindak membakar tong sampah milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM).

Kejadian berlaku di sekitar Tanjung Minyak di sini dan paling dikesali ia berlaku tidak sampai tiga minggu, kemudahan itu disediakan oleh pihak terbabit.

Difahamkan, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh dua individu pencari barangan lusuh, yang berebut hak barangan terpakai yang dibuang penduduk.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah, Amer Md Nor berkata, pihaknya sudah mengenalpasti individu yang membakar tong sampah terbabit.

"Itu bukan perbuatan sekumpulan orang tapi individu dan hanya dua individu pencari barangan lusuh, sering bergaduh sekiranya salah seorang daripada mereka terlebih dahulu mendapat barangan yang ada nilai.

"Pernah sebelum ini, apabila salah seorang daripada mereka sedang mengumpul barangan terpakai, seorang lagi pencari melalui kawasan ini, tidak berpuas hati lalu bertengkar, mereka masing-masing mendakwa lokasi tong sampah ini kawasan mereka," katanya, ditemui di lokasi tong sampah yang disediakan SWM, di Kampung Tengah, di sini.

Menurutnya, lokasi tong sampah setempat diletakkan di tepi Sungai Ayer Salak, terbabit dipindahkan ke situ kurang tiga minggu lalu, namun sudah lima kali dibakar.

Katanya, kejadian terbaharu berlaku sehari sebelum hari raya hingga memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi untuk memadamnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebelum ini, tong sampah terbabit ditempatkan di bahu jalan di Kampung Tengah, namun mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya sehingga pernah berlaku kemalangan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah, Amer Md Nor (kanan) menunjukkan kepada ADUN Klebang Gue Teck kedudukan tong sampah dan bekas kebakaran yang dilakukan oleh pencari barangan lusuh.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah, Amer Md Nor (kanan) menunjukkan kepada ADUN Klebang Gue Teck kedudukan tong sampah dan bekas kebakaran yang dilakukan oleh pencari barangan lusuh.

Akibatnya, pihak SWM mengambil semua tong terbabit, menyebabkan penduduk kampung serta masyarakat berhampiran, membuang sampah mereka di atas tanah.

Amer berkata, penduduk kampung ada membuat satu laporan polis mengenai perbuatan khianat itu.

Sementara itu, ADUN Kawasan Klebang Gue Teck berkata, sebelum wujudnya tong sampah setempat itu, masyarakat sekit membuang sambah masing-masing di bahu jalan dan sepanjang Jalan Tanjung Minyak itu, dapat dilihat kelompok-kelompok plastik sampah.

"Bagaimanapun, selepas tong sampah setempat disediakan, tiada lagi masyarakat membuang sampah setompok-setompok di bahu jalan, namun kita amat kesali apabila ada pihak yang bertindak membakar tong ini sehingga menyusahkan penduduk lain.

"Kita alihkan tong sampah dari bahu jalan ke tepi sungai, bertujuan memastikan penduduk kampung tidak terkesan bau dari tong sampah, tapi benda lain pula berlaku," katanya yang turut melawat lokasi.

Katanya, isu sampah sarap adalah tanggungjawab bersama bukan pihak berkuasa tempatan semata-mata.

Justeru, beliau berkata, akan membawa masalah itu kepada Datuk Bandar dan antara cadangan yang bakal diajukan adalah mengenakan bayaran cukai taksiran kepada penduduk kampung, bagi membolehkan penduduk kampung mendapat kemudahan sama seperti penduduk taman perumahan.

"Ramai penduduk kampung memberitahu sedia membayar cukai taksiran bagi membolehkan mereka menerima tong sampah sendiri di rumah masing-masing dan pihak SWM akan membuat pungutan sampah rumah ke rumah seperti penduduk taman perumahan," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!