Op Selamat: 20 kematian pada 1 Syawal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kematian yang membabitkan kemalangan jalan raya direkod Op Selamat pada 1 Syawal di seluruh negara.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata sejak dilancarkan 29 Mei lepas, sejumlah 13,316 kemalangan jalan raya melibatkan 18,854 kenderaan dilapor dalam tempoh lapan hari.

Beliau berkata, seramai 140 orang maut akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh itu.

“Semalam, empat kematian dilaporkan masing-masing di Kedah, Perak dan Johor manakala tiga kematian di Selangor, dua kematian di Pahang dan masing-masing satu kematian di Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 2,385 jumlah operasi telah dijalankan di seluruh negara dengan 182,755 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, katanya. Tambahnya, bagi kes pecah rumah dan premis pula, 334 kes direkod dalam tempoh lapan hari Op Selamat di seluruh negara.

Op Selamat 15 hingga 12 Jun ini memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!