Polis cari ahli keluarga, waris tuntut mayat mangsa kemalangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki yang maut selepas terlibat dengan satu kemalangan di Kilometer 16 Jalan Olak Lempit - KLIA, di sini, 4 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mayat lelaki itu kini berada di Hospital Banting dan belum dituntut.

Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.15 pagi dipercayai ketika mangsa yang menunggang motosikal secara melawan arus melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Akibat perlanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa, manakala motosikal mangsa juga rentung terbakar," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Berikutan itu, ahli keluarga atau waris mangsa boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 011-10155823 bagi urusan tuntutan mayat tersebut.

Bagi kes yang berlainan pula, polis juga turut sedang mengesan waris atau ahli keluarga seorang lelaki yang terlibat kemalangan di Kilometer 34 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, di sini, 17 Mei lalu.

Azizan berkata, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss disahkan meninggal dunia di Hospital Banting kira-kira 12.20 tengah malam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, waris mangsa boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fatin Husna Kamaruzzaman di talian 012-5432994 untuk proses tuntutan mayat berkenaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!