'Nilai sumbangan, bukan burukkan nama baik'

Dr Daroyah Alwi
Dr Daroyah Alwi
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang membantah Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menilai sumbangan beliau kepada rakyat selama ini, bukannya memburukkan nama baik pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi berkata, Latheefa mendapat sokongan padu masyarakat sivil dan juga rakyat.

"Tetapi ini terkecuali segelintir orang-orang yang takut bayang-bayang sendiri dan lantas mempersoalkan kelayakannya.

"Saya yakin bahawa persoalan kelayakan Latheefa sepatutnya tidak timbul langsung kerana perjuangan beliau selama 20 tahun dan beristiqamah hingga kini untuk mereformasikan undang-undang negara. Mencegah rasuah sememangnya trademark beliau," katanya.

Katanya, sebagai seorang tokoh wanita yang berani dan berintegriti tinggi, Latheefa tidak pernah mengkompromi perjuangannya berlandasan kebenaran, integriti dan reformasi.

"Sebenarnya, sangat susah untuk mencari tokoh sebegini yang memahami dan menghayati erti reformasi yang kita sama-sama perjuangkan selama 20 tahun," katanya.

Terdahulu, Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!