Pelantikan Latheefa Koya satu keputusan positif: Ezam

Ezam
Ezam
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Negara menyifatkan keputusan kerajaan melantik bekas ahli PKR, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu sebagai satu keputusan positif bagi memantapkan usaha mereformasi institusi terutama SPRM.

Presidennya, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, Latheefa Koya mempunyai rekod sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsip terutama prinsip undang-undang, tegas dan tanpa kompromi.

"Ciri-ciri ini menjadi elemen penting dalam meneraju sebuah badan yang berdepan dengan isu rasuah dan menjadi masalah paling besar di dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, adalah menjadi harapan semua supaya Latheefa mampu membawa SPRM menjadi sebuah badan paling berjaya di dalam era Kerajaan Baharu yang melakukan reformasi institusi terutama dalam aspek rasuah.

"Kejayaan memerangi rasuah terhadap perasuah-perasuah besar yang mencuri ratusan bilion wang negara adalah pra syarat penting jatuh bangun negara ini pada masa akan datang.

"Dan Latheefa bersama SPRM tidak boleh gagal dalam melaksanakan misi paling penting ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!