Kereta terbakar dibaling mercun

Anggota bomba membantu memadam kereta yang terbakar.
Anggota bomba membantu memadam kereta yang terbakar.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kereta terbakar selepas dibaling mercun diperyai oleh seorang penunggang motosikal di Lembah Sireh di sini.

Kejadian kira-kira jam 11 malam pada akhir Ramadan Selasa lalu itu membabitkan kereta milik Perodua Kancil seorang pelayar Facebook yang menggunakan akaun Nik Rashidi.

Lelaki terbabit berkata, dia yang menaiki kereta melalui jalan di Lembah Sireh dibaling mercun yang kemudian masuk ke dalam keretanya lalu terbakar.

Bagaimanapun dia berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

“Memang gila puak-puak main bunga api ni. Kereta Kancil saya terbakar sebab baling mercun masuk dalam kereta.

“Tidak ada rezeki saya insurans nombor tiga perbuatan khianat boleh buat tuntutan? Soalnya.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di laluan dari Pasar Raya Kb Mall menuju ke Pasar Raya Tesco itu dipercayai perbuatan individu bermotosikal.

Kejadian terbabit turut dirakam kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan rakaman video oleh netizen ketika kebakaran berlaku turut tular selepas dikongsi di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian pemilik akaun Facebook bernama Nik Rashidi berhubung kejadian keretanya yang terbakar dipercayai akibat dibaling mercun. Gambar kecil, Abdul Rahim.
Perkongsian pemilik akaun Facebook bernama Nik Rashidi berhubung kejadian keretanya yang terbakar dipercayai akibat dibaling mercun. Gambar kecil, Abdul Rahim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

“Polis menyiasat kes ini dengan bantuan pihak forensik serta anggota bomba untuk mengesahkan sama ada punca kebakaran tersebut adalah dari perbuatan balingan mercun atau punca lain.

“Polis juga memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak bermain atau membakar mercun kerana ia satu kesalahan selain perbuatan yang berbahaya,” katanya.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti bermain atau membakar mercun.

“Satu pasukan khas juga sudah ditubuhkan bagi memantau dan mengambil tindakan berkait kesalahan membabitkan mercun.

“Kes kebakaran kereta ini pula disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!