Kepala terhentak, terseret sebelum putus

Gambar kecil, Ahmad Dzaffir
Gambar kecil, Ahmad Dzaffir
A
A
A

KAJANG – Seorang penunggang motosikal lelaki putus kepala dalam kemalangan di Kilometer 24 Lebuhraya Kajang Silk (Silk) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian jam 5.25 pagi itu, mangsa Samsuri anak Adam, 30, dipercayai dalam perjalanan dari arah Kajang menuju rumahnya di Pulau Carey, Klang.

“Siasatan awal mendapati mendapati mangsa yang tidak memakai topi keledar dipercayai menunggang dalam had laju tinggi sebelum hilang kawalan lalu melanggar pembahagi kiri jalan.

“Kepala mangsa terhentak dan terseret di atas pembahagi jalan bersama motosikalnya jenis Yamaha 1125 sejauh kira-kira 60 meter,” katanya melalui kenyataan media.

Menurutnya, akibat kejadian itu kepala mangsa terputus manakala motosikal mangsa dijumpai 10 meter di hadapan mayatnya.

“Kita menjumpai kesan seretan motosikal yang jelas di sepanjang tempat kejadian dalam jarak 60 meter tersebut. Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!