Kerajaan Pahang kenal pasti tapak ekspo baharu

Sallehuddin (tiga kiri) menyampaikan hadiah utama replika kunci Perodua Bezza kepada pemenang, Nuurul Huda Hayati Ibrahim (tiga kanan).
Sallehuddin (tiga kiri) menyampaikan hadiah utama replika kunci Perodua Bezza kepada pemenang, Nuurul Huda Hayati Ibrahim (tiga kanan).
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan terus optimis membantu memantapkan ekonomi peniaga ekspo dan karnival dengan membuka ruang baharu untuk lokasi perniagaan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, bantuan itu termasuklah mengenal pasti tanah kosong yang boleh dibangunkan menjadi tapak karnival baharu.

"Menjelang perayaan orang ramai suka berbelanja di bazar dan karnival. Ia sesuatu yang baik dan menjana ekonomi yang tinggi kepada peniaga peniaga.

"Kerajaan sudah kenal pasti beberapa lokasi baharu namun belum diputuskan lagi. Dua aspek utama yang akan diberi perhatian untuk lokasi bazar adalah tidak terlalu jauh dari bandar dan tidak di tengah bandar.

Menurutnya, di samping menjana ekonomi lebih ramai peniaga baharu dan sedia ada, inisiatif itu juga dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas bandar Kuantan.

"Selain itu ia mesti mengutamakan aspek keselesaan pengunjung seperti ruang parkir yang luas dan kemudahan lain seperti tandas dan tempat solat. Sebelum ini karnival tertumpu di Stadium Darul Makmur sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!