Remaja warga British maut terlibat kemalangan go-kart

Go-kart yang dipandu mangsa ketika kejadian berkenaan.
Go-kart yang dipandu mangsa ketika kejadian berkenaan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang remaja perempuan warga British mengalami pendarahan di hidung sebelum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika memandu go-kart, di sebuah pusat sukan ekstrem di Bandar Medini, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, polis dimaklumkan salah seorang petugas litar tersebut ada mendengar bunyi dentuman kuat sebelum menyedari kemalangan dialami mangsa berusia 18 tahun terbabit.

"Pengadu kemudiannya memaklumkan telah datang seorang marshall yang bertugas di litar tersebut yang melihat seorang wanita terbabas semasa sedang memandu go-kart.

"Marshall berkenaan kemudiannya telah memaklumkan kejadian itu kepada rakan mangsa sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Gleneagles untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lokasi di mana mangsa dan go-kart dipandunya terbabas dalam kejadian berkenaan, semalam.
Lokasi di mana mangsa dan go-kart dipandunya terbabas dalam kejadian berkenaan, semalam.

Dzulkhairi berkata, pihak hospital kemudiannya mengesahkan remaja perempuan tersebut meninggal dunia akibat 'post trauma'.

"Hasil siasatan awal mendapati kawasan tersebut terdapat CCTV, tetapi tidak berfungsi. Kawasan tersebut adalah pusat sukan ekstrem dalaman (indoor).

"Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat esok. Siasatan akan diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!