Keirin: Azizulhasni nombor dua terbaik dunia

Azizulhasni
Azizulhasni
A
A
A
JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mendapat rangsangan terbaik dalam usaha beliau melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas naik dua lagi anak tangga ke ranking kedua dunia bagi acara keirin.

Berdasarkan senarai ranking Kesatuan Antarabangsa Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang dikeluarkan pada hari Selasa, juara dunia keirin 2017 itu kini berada di ranking kedua dalam acara keirin selepas mengumpul 2,445 mata.

Mohd Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai 'Jijoe', mengutip 450 mata selepas memperolehi pingat perak pada siri keempat Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia UCI 2018-2019 UCI di London, minggu lalu.

‘The Pocket Rocketman’ itu juga mengumpul 400 mata selepas memenangi pingat gangsa dalam siri ketiga kejohanan yang sama di Jerman, awal bulan ini.

"Saya berterima kasih kepada semua penyokong saya atas doa dan sokongan yang berterusan. Kritikan terhadap saya, hanya akan mendorong saya untuk berbuat lebih baik lagi.
Artikel Berkaitan:


"Saya dedikasikan ini (kejayaan) kepada semua penaja saya yang mempercayai dan terus menyokong saya tidak kira apa," kata Mohd Azizuhasni di laman Instagramnya; @azizulawangofficial.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di ranking ke-39 selepas mengumpulkan 1,028 mata.

Juara pecut dunia, Matthew Glaetzer dari Australia kini menduduki tangga teratas acara keirin dengan 2,500 mata, manakala pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata yang turun dua anak tangga berada di ranking ketiga dengan 2,335 mata. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!