TPM ucap takziah atas pemergian khatib ustaz Ku Yaacob
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ustaz Ku Yaacob Ku Hashim yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Bukhary di Alor Setar, hari ini.
“Kematian yang cukup menginsafkan. Salam takziah buat keluarga Allahyarham ustaz Ku Yaacob Ku Hashim.
ARTIKEL BERKAITAN: Khatib meninggal dunia ketika baca khutbah Jumaat
“Semoga dikurniakan syurga bersama para solehin,” katanya di laman Twitternya, malam ini.
Allahyarham, 68, yang menyampaikan khutbah kira-kira 1.30 tengah hari tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu rebah selepas menyebut ayat 'Bertakwalah pada ALLAH' dan beberapa baris ayat dalam bacaan khutbahnya.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!