Kopi tenggek unik, jadi tarikan

Kopi tenggek yang disajikan bersama mi sup di Togez Cafe, Sungai Pinggan, Benut.
Kopi tenggek yang disajikan bersama mi sup di Togez Cafe, Sungai Pinggan, Benut.
A
A
A
PONTIAN - Namanya sahaja sudah cukup unik dan mencuit hati. Kopi tenggek menjadi minuman istimewa di Togez Cafe yang diusahakan Ismail Abu Nawi, 46, di gerai kawasan pesisiran Sungai Pinggan Benut.

Kopi tenggek telah menarik peminat minuman kopi dari seluruh negara datang ke Benut Pontian selepas kisah kopi ini tular di media sosial.

Ismail berkata, kopi tenggek turut dipanggil kopi gantung kerana di atas cawan kopi terletaknya penapis.

Jelasnya, kaedah meletakkan penapis di atas cawan telah lama dilakukan oleh kedai-kedai kopitiam.

Ia dilakukan supaya rasa kopi sebenar dapat dinikmati tanpa bersama keladaknya.

“Antara 50 hingga 200 cawan kopi tenggek dijual setiap hari dan jumlah itu meningkat pada cuti hujung minggu dan cuti am.

“Gerai mula dibuka pada jam 4 petang hingga 2 pagi. Ada pelbagai menu ditawarkan antaranya laksa penang, kacang pool, nasi goreng, mi sup dan mi rebus,”katanya.

Bagi menarik kedatangan pengunjung, Togez Café juga telah diperindahkan dan ceriakan dengan dekorasinya di dalamnya dibuat daripada kayu ‘pallet’ termasuk kerusi dan meja.

“Sambutan yang diberikan kepada orang ramai menambah lagi pusat makanan di bandar Benut pada waktu malam samada dengan keluarga atau rakan-rakanya,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, seorang peminat kopi tempatan, Janggut Misai, 60, berkata, kopi tenggek menjadi pilihan untuk dinikmati bersama rakan-rakan setiap kali ke Togez Cafe.

Katanya, aroma dan rasa kopi tenggek tidak sama seperti mana-mana kopi kerana ia unik dan berbeza.

“Seronok dapat minum kopi tenggek sambil berbual rakan-rakan pada sebelah petang. Cukup tenang dengan pemandangan Sungai Pinggan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!