Mualaf mahu tangkis tanggapan 'suka meminta-minta'

Sukhdev Sing Mohd Shazwan Sohan, 30, ketika menerima anugerah Mualaf Cemerlang, kategori Usahawan Harapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari sempena projek Hidayah Centre Foundation (HCF), di sini, baru-baru ini.
Sukhdev Sing Mohd Shazwan Sohan, 30, ketika menerima anugerah Mualaf Cemerlang, kategori Usahawan Harapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari sempena projek Hidayah Centre Foundation (HCF), di sini, baru-baru ini.
A
A
A

MELAKA - Seorang mualaf dan pengusaha perniagaan secara kecil-kecil di negeri ini berazam mahu menangkis pandangan negatif masyarakat tentang golongan terbabit yang dikatakan suka meminta-minta.

Sukhdev Sing Mohd Shazwan Sohan, 30, yang baru memeluk Islam kira-kira setahun lalu, berkata, meskipun terpaksa berdepan pelbagai dugaan dan rintangan, sikap berkenaan harus diketepikan.

"Saya berniaga putu mayam secara kecil-kecilan dan akhirnya dapat menyertai projek Hidayah Centre Foundation (HCF), bagi memperkukuh ekonomi golongan mualaf. Projek putu mayam saya ini yang pertama dibangunkan lengkap dengan aturan pemasaran.

"Sehingga kini, saya bersyukur, dari bermula secara kecil-kecilan sehinggalah membuka pasaran di bazar Ramadan," katanya, ditemui pada majlis HCF, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Sukhdev menerima anugerah Mualaf Cemerlang, kategori Usahawan Harapan.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman rakan mualaf lain, terlalu banyak persepsi negatif dilemparkan kepada golongan itu yang dianggap suka meminta-minta bantuan.

"Seboleh-bolehnya, saya dan rakan mualaf lain mahu berdiri di atas kaki sendiri, kami nak buktikan yang kami mampu berdikari," katanya.

Dia yang memeluk Islam pada Mac 2018 berkata, Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.

Artikel Berkaitan:

"Ayah saya pendakwah Islam yang sudah lama memeluk agama ini, namun dia sudah meninggal dunia pada 2017. Saya pula hanya tahun lalu memeluk Islam bersama isteri, ibu mentua dan seorang anak, selepas mengkaji sedalam-dalamnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!