Pemberontak Papua serah diri

Telangga Gire menyerahkan senjata api kepada Komander Tentera Daerah, Agus Sunaryo di Puncak Jaya.
Telangga Gire menyerahkan senjata api kepada Komander Tentera Daerah, Agus Sunaryo di Puncak Jaya.
A
A
A

WAMENA - Seorang pemimpin pemberontak bersenjata utama di wilayah Papua menyerah diri dan menyatakan kesetiaannya kepada Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Telangga Gire, 30, yang mempunyai pengaruh kuat di Puncak Jaya menyatakan kesetiaannya di hadapan Komander Tentera Daerah, Agus Sunaryo.

"Telangga Gire menyerah diri bersama tiga rakannya di Kampung Wurak. Mereka turut menyerahkan sejumlah senjata api kepada anggota TNI.

"Menurut Telangga senjata api itu adalah milik anggota polis yang dirampas semasa serangan di daerah Tolikara pada 2013," kata jurucakap tentera Muhammad Aidi.

Sementara itu, Telangga memberitahu niat untuk menyerah diri tercetus sejak sekian lama.

"Kami sudah lama mahu menyerah diri tetapi tidak tahu bagaimana caranya kerana takut ditembak TNI atau polis.

"Namun setelah berhubung dengan salah seorang anggota komando, Jefri May sejak awal bulan lalu kami diberi jaminan keselamatan.

"Mereka berjanji untuk tidak mengapa-apakan kami jika menyerah diri secara sukarela," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan penduduk Papua menganggap Indonesia sebagai penjajah dan kumpulan pemisah kerap melakukan serangan menyasarkan anggota TNI atau polis. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!