Op HRA: 447 kenderaan dikenakan tindakan JPJ

Nazli Md Taib
Nazli Md Taib
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengambil tindakan kepada 447 buah kenderaan sepanjang tujuh hari Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 29 Mei sehingga Selasa lalu.

Pengarahnya, Nazli Md Taib berkata, sebanyak 10,160 buah kenderaan membabitkan bas, lori, kereta dan motosikal diperiksa oleh 549 anggota yang ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang operasi itu.

"Hasilnya, sebanyak 447 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Motosikal paling banyak dikenakan tindakan iaitu 298 tindakan, kereta (99), lori (39) dan bas 11.

"Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 578 saman dikeluarkan kerana tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, kesalahan teknikal kenderaan, tiada insuran, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta beberapa kesalahan utama lain," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah tindakan yang diambil itu, pihaknya menyita dua buah lori dan 26 buah motosikal.

"JPJ tidak akan berkompromi dengan dengan sebarang kesalahan jalan raya. Kita pandang serius dengan setiap kesalahan yang dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Op HRA ini akan diteruskan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!