AS-Mexico capai persetujuan tentang pendatang haram

Trump mendakwa kebanjiran pendatang haram terbabit mengancam keselamatan AS.
Trump mendakwa kebanjiran pendatang haram terbabit mengancam keselamatan AS.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan Mexico semalam mencapai kesepakatan untuk menghindari perang tarif selepas Mexico bersetuju memperluas program suaka kontroversi dan mengerahkan pasukan keselamatan untuk menghalang aliran pendatang haram dari Amerika Tengah.

Persetujuan bersama itu dicapai selepas rundingan selama tiga hari di Washington kira-kira seminggu selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif import lima peratus ke atas kesemua barangan Mexico jika ia tidak bertindak segera mengetatkan kawalan sempadan.

Menurut Trump, Mexico bersetuju untuk mengambil langkah tegas untuk ‘mengurangkan dan menghapuskan’ pendatang haram dari Mexico.

“Tarif yang dijadualkan bakal berkuatkuasa pada Isnin ini ke atas Mexico digantung serta-merta,” kata jutawan hartanah itu menerusi Twitter.

Di bawah perjanjian itu, Mexico juga akan menggandakan usaha mereka menghentikan aliran migran dari Amerika Tengah yang melakukan perjalanan dari Mexico ke AS dengan menempatkan Pengawal Negara di sempadan selatan negara itu.

Difahamkan, penempatan Pengawal Negara itu akan dilakukan bermula esok dan perbincangan antara kedua-dua negara itu akan diteruskan serta dijangka selesai dalam tempoh 90 hari.

Bulan lalu, pengawal sempadan AS menahan lebih 132,000 pendatang haram dari Mexico yang merupakan angka tertinggi sejak 2006.

Perang tarif yang dilancarkan Trump mengancam untuk meningkatkan cukai sehingga 25 peratus melainkan Mexico menangani krisis pendatang haram tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mexico turut menyediakan senarai menyasarkan produk pertanian dan industri dari AS sebagai langkah tindak balas jika Trump mengenakan tarif ke atas barangan mereka. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!