Maut rempuh belakang lori
A
A
A
Mangsa, Abdul Halim Rashid, 47, dari Projek Perumahan Rakyat (PPR), Desa Tun Razak, Kuala Lumpur meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di dalam lori yang dipandunya.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal yang dijalankan ditempat kejadian mendapati kemlangan berlaku di KM 316.5, Plus, arah utara ketika Abdul Halim sedang memandu lori menghala ke selatan.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah lori di hadapannya.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori satu lagi tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Wan Azharuddin keadaan laluan ketika kejadian merupakan jalan lurus dua hala, mempunyai penghadang besi sebagai pemisah serta permukaan rata dan basah.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!