Kahwin awal tidak halang Jannah muncul pelajar cemerlang

Suhail menjadi tulang belakang kejayaan Nurul Jannah di AS.
Suhail menjadi tulang belakang kejayaan Nurul Jannah di AS.
A
A
A

KOTA BHARU – Siapa sangka pelajar cemerlang yang mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai penuntut terbaik Universiti Rutgers New Jersey, Amerika Syarikat (AS) bergelar isteri pada usia 19 tahun.

Anak kelahiran Kluang, Johor ini, Nurul Jannah Zamber, 23, melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Suhail Azmi, 23, iaitu anak kedua ADUN Salor, Saiful Adli Abu Bakar pada Ogos 2015.

Nurul Jannah bukan sahaja seorang isteri solehah, malah dalam masa sama menjadi pelajar terbaik bidang Kejuruteraan Bioperubatan sehingga menerima Anugerah Samuel Welkowitz dengan pencapaian CGPA 3.95.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Jannah ditawarkan untuk mengikuti ‘MARA American Degree Preparatory Programe’ (MADPP).

Di MADPP, dia menjadi satu-satunya pelajar yang mengambil Kejuruteraan Bioperubatan, malah merupakan antara hanya tiga pelajar muslim dalam fakulti tersebut.

Suhail dan Nurul Jannah berjaya menamatkan pengajian bersama-sama.
Suhail dan Nurul Jannah berjaya menamatkan pengajian bersama-sama.

Lebih membanggakan apabila dia menerima anugerah Cum Laude atau The Highest Honors, mengatasi 110 penuntut lain dalam bidang itu.

Menceritakan detik perkenalan dengan suaminya, Nurul Jannah yang juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba berkata, dia mula mengenali Suhail Azmi ketika mengikuti MADPP.

Artikel Berkaitan:

“Kami jadi semakin rapat lepas Suhail Azmi ditawarkan untuk mengikuti jurusan bidang Sains Komputer di universiti sama.

“Tak sampai setahun di AS, kami ambil keputusan mendirikan rumah tangga,” katanya kepada media hari ini.

Sementara itu, Suhail pula berkata, pada peringkat awal harapannya untuk menyunting Nurul Jannah tidak dipersetujui oleh bapanya, Saiful Adli.

Namun nekad dengan keputusannya, Suhail berkata, bapa memberi syarat, akan menerima permintaannya hanya selepas dia sendiri merisik Nurul Jannah seorang diri.

“Setibanya saya di Kluang, lepas meluahkan hasrat memperisterikan Nurul Jannah, saya dikelilingi keluarganya.

Selepas hampir lima tahun melanjutkan pelajaran di AS, pasangan ini menyambut Aidilfitri buat kali pertama sebagai pasangan suami isteri di tanah air.
Selepas hampir lima tahun melanjutkan pelajaran di AS, pasangan ini menyambut Aidilfitri buat kali pertama sebagai pasangan suami isteri di tanah air.

“Pada mulanya saya rasa cuak juga, sebab banyak soalan mereka tanya. Tapi Alhamdulillah syukur, harapan jadi suami Nurul Jannah diperkenankan,” katanya.

Memandangkan kepulangan mereka pada cuti semester hanya dua minggu, Suhail berkata, mereka melangsungkan akad nikah secara ringkas dan tidak sempat mengadakan majlis sambut menantu di Salor.

Katanya, dia bersyukur dipertemukan dengan Nurul Jannah kerana dia seorang isteri penyayang dan sentiasa berminat menambah ilmu.

Menurutnya, dia tidak terkejut dengan pencapaian Nurul Jannah kerana dia sanggup bersengkang mata selama beberapa jam sehari hanya untuk mengulangkaji pelajaran.

Biarpun dengan status sebagai isteri dan pelajar, Suhail berkata, Nurul Jannah tidak menghadapi masalah untuk memikul dua tangungjawab itu serentak.

Adat belajar di negeri orang, Suhail berkata, ada masanya dia menjadi tempat mengadu ketika Nurul Jannah meluahkan masalah kerana layanan buruk akibat Islamophobia di AS.

“Disebabkan layanan itu jugalah, ia menjadikan Nurul Jannah kuat dan mahu buktikan anak Malaysia mampu mengatasi pencapaian penuntut dari negara lain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!