Tiada urus niaga kontrak hadapan emas
TIADA urus niaga kontrak hadapan emas direkodkan di Bursa Malaysia Derivatif dalam dagangan awal hari ini susulan kurangnya minat.
Pada 9.50 pagi, Disember 2018, Januari 2019, Februari 2019 dan Mac 2019 masing-masing ditambat pada RM167.50, RM167.50, RM167.60 dan RM167.70 segram.
Jumlah dagangan sifar manakala minat terbuka sebanyak 27 kontrak. Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal susut 70 sen kepada RM161.75 segram. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!