Polis berjaya berkas lelaki mengamuk

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd zamri
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd zamri
A
A
A

BESUT - Seorang lelaki yang mengamuk dengan bertindak mencederakan penduduk dan merosakkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berjaya diberkas polis di Kampung Gerong, Apal di sini Jumaat lepas.

Suspek seorang penagih dadah berusia 39 tahun diberkas selepas mencederakan seorang lelaki berusia 30 tahun dan memecahkan cermin pintu kenderaan Mitsubishi Storm milik penduduk lain.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek dari Kampung Gerong itu dikatakan terlebih dahulu merosakkan cermin pintu sebelah pemandu kenderaan tersebut yang diletakkan di hadapan rumah mangsa di Kampung Apal.

Menurutnya, ketika kejadian, tidak ada orang di rumah tersebut kerana keluar beraya dan ia disedari pemilik Storm berusia 28 tahun itu apabila pulang ke rumah kira-kira jam 11 malam.

“Mangsa mendakwa terdapat juga kesan tetak pada meja di hadapan rumahnya dipercayai dilakukan suspek sama, lalu mangsa membuat laporan di Balai Polis Jertih kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

“Suspek kemudiannya pergi ke kawasan sawah padi di Kampung Gerong dan mengugut mahu menetak kenalannya berusia 30 tahun sebelum suspek bertindak melibas parang ke arah mangsa dan mengenai perut mangsa,” katanya hari ini.

Mohd Zamri berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian perut dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis dan bertindak atas laporan tersebut sepasukan polis berjaya menahan suspek di rumah keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dia ditahan reman untuk siatan lanjut.

Mohd Zamri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan keranan mencederakan manusia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!