Sempadan Venezuela-Colombia dibuka semula
BOGOTA - Puluhan ribu penduduk melintasi sempadan antara Venezuela dan Colombia selepas ia dibuka semula buat pertama kali dalam tempoh empat bulan semalam.
Menurut Kementerian Luar di Bogota, lebih 300,000 penduduk Venezuela tiba di negara itu dan hampir 37,000 meninggalkan Colombia.
Lintasan itu ditutup pada Februari lalu atas arahan Presiden Nicolas Maduro selepas pemimpin pembangkang, Juan Guaido bersedia untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan disalurkan negara asing ke Caracas.
Venezuela berdepan kekurangan bekalan asas yang semakin meruncing berikutan krisis ekonomi yang teruk hingga memaksa empat juta penduduk melarikan diri sejak 2015. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!