Husam cadang tubuh jawatankuasa forensik bebas

Keadaan orang asli yang dipindahkan di penempatan baharu setelah kawasan lama tidak selamat didiami. Gambar kecil: Husam Musa
Keadaan orang asli yang dipindahkan di penempatan baharu setelah kawasan lama tidak selamat didiami. Gambar kecil: Husam Musa
A
A
A

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan mencadangkan supaya satu jawatankuasa forensik bebas ditubuhkan berikutan isu kematian orang asli di Kuala Koh masih belum menemukan punca konkrit.

Pengerusinya, Senator Datuk Husam Musa berkata, ia perlu diwujudkan bagi mengkaji semua aspek dan segala kemungkinan berkaitan dengan isu serius tersebut.

“Saya berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri bekerjasama mencari punca sebenar kejadian dan jumlah kematian yang besar dalam masa singkat tanpa tujuan melindungi apa-apa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Husam juga menyambut baik kenyataan media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail berhubung langkah yang akan diambil kerajaan dalam menangani isu kebajikan hal ehwal orang asli di Kuala Koh.

“Kejadian yang menimpa orang asli Kuala Koh adalah peristiwa kemanusiaan untuk iktibar serta perhatian kita bersama. Atas ihsan kemanusiaan masalah orang asli adalah masalah kita semua,” katanya.

Hari ini, Dr Wan Azizah dalam kenyataan medianya turut melahirkan kesedihan dengan musibah yang menimpa kaum Bateq di Kuala Koh sehingga menyebabkan kematian.

Dalam kenyataan sama beliau menegaskan kerajaan memandang serius perkara tersebut dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika didapati kematian disebabkan pencemaran sumber air.

Hari ini juga Husam bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy melawat mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Krai.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pandang serius kematian orang asli di Kuala Koh: TPM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!