Sis tak pernah harapkan balasan...

Pelakon, Sheila Rusly
Pelakon, Sheila Rusly
A
A
A

PELAKON dan pengarah terkenal, Sheila Rusly menangis gara-gara aktor Saharul Ridzwan yang kini berada di tanah suci Makkah.

Sheila, berkata, sepanjang mendidik anak-anak seni dia tidak pernah mengharapkan balasan, namun dia tersentuh hati apabila Saharul menitipkan doa dari sana.

"Dia dekat Makkah, saya tak pernah pun suruh dia buat apa-apa, selama ini apa yang saya buat untuk dia ikhlas dan tak pernah harapkan balasan.

"Saya bersyukur sangat-sangat, dalam ramai-ramai artis saya didik, ada juga yang masih ingat akan saya," ucapnya menerusi video dimuatnaik suaminya, Jinggo.

Sementara itu di Instagram miliknya, Sheila yang lebih mesra disapa sebagai Sis turut memuat naik status berserta gambar doa kiriman Pelakon Lelaki Popular drama bersiri Hati Perempuan.

"Antara mereka yang terpilih di dalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni.

"Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yang sis didik. Cukup sekadar menghargai.

"Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Umrah mabrur insya-ALLAH," luah Sheila di IG

Artikel Berkaitan:

Antara mereka yg terpilih didalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yg sis didik. Cukup sekadar menghargai. Moga allah permudahkan segala urusan kita didunia & diakhirat. Umrah mabrur insyaallah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on Dec 19, 2018 at 1:55am PST

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!