Sultan Johor berkenan perjumpaan dengan Ketua Bahagian Bersatu

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengadakan perjumpaan Aidilfitri bersama Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Johor, esok.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, perjumpaan tersebut dijangka berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini 4 petang esok.

“Sesungguhnya, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Tuanku mengadakan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim dalam keberkatan bulan Syawal yang mulia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!