Fasha Sandha keguguran

No Image Caption
A
A
A

PELAKON popular, Fasha Sandha berkongsi kesedihannya apabila mengumumkan bahawa beliau telah keguguran.

Perkongsian menerusi Instagram itu, Fasha turut meminta maaf kepada suami tercinta dan kedua anaknya iaitu Rayfal dan Jemyma.

Menurutnya, keguguran tersebut mungkin kerana terlalu dia aktif.

"Ibu mintak maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak.

"Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja, sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.

"Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik.

No Image Caption

"To my dear followers,

Artikel Berkaitan:

"Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried," tulisnya.

Fasha juga memohon kepada semua untuk mendoakan agar dia bersama suaminya kuat melalui ujian ini.

"@itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi pada masa akan datang. InsyaALLAH kita akan lebih kuat #aidilfasha. . ."Terima kasih ALLAH kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika'" katanya bersama tanda pagar #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!