Lelaki maut motosikal bertembung van

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Ayer Limau, Masjid Tanah di sini, petang semalam. (Gambar kecil: Milhan Borhan)
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Ayer Limau, Masjid Tanah di sini, petang semalam. (Gambar kecil: Milhan Borhan)
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Ayer Limau, Masjid Tanah di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, Milhan Borhan, 34, yang beralamat di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah di sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu treler dipercayai dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Ayer Limau ketika kejadian.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, motosikal jenis Yahaya 125Z yang ditunggang mangsa telah bertembung dengan sebuah van jenis Toyota Hiace membawa muatan alat ganti kenderaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila ketika mangsa melalui satu selekoh tajam dan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sehingga bertembung dengan sebuah van secara berdepan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu van terbabit, seorang lelaki berusia 32 tahun dari Puchong, Selangor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat penunggang motosikal terbabit telah dihantar ke Hospital Alor Gajah, bagi tujuan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!