Pendatang Yahudi ceroboh Masjid al Aqsa

Kehadiran pendatang Yahudi di pekarangan Masjid al-Aqsa turut diiringi polis Israel.
Kehadiran pendatang Yahudi di pekarangan Masjid al-Aqsa turut diiringi polis Israel.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Ratusan pendatang Yahudi menceroboh perkarangan Masjid al Aqsa semalam, menurut sumber tempatan.

Sumber menambah, kehadiran mereka turut diiringi polis Israel.

"Kira-kira 330 peneroka haram menyerbu masuk ke kawasan tersebut menerusi pintu al Magharibah.

"Mereka kemudian menuju ke plaza Dinding Al Buraq di Kota Lama Baitulmaqdis," kata sumber.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

Pada April lalu, lebih 500 pendatang Yahudi menceroboh kawasan itu sempena perayaan Passover.

Pihak Berkuasa Wakaf Islam Baitulmaqdis berkata, pendatang terbabit turut melakukan ritual keagamaan sebaik melangkah masuk ke kompleks berkenaan.

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang menganggap pihak berkuasa Israel mengamalkan sikap double standard.

Artikel Berkaitan:

Pada minggu sebelumnya, rejim Zionis melarang azan dilaungkan dari dalam Masjid al Aqsa dan menyerang serta mengusir penduduk Palestin yang berkumpul di luar Bab al Asbat, salah satu pintu pagar utama masjid berkenaan di Kota Lama untuk menunaikan solat Asar. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!