Tip segak, kemas buat si jejaka sepanjang Syawal
DALAM sibuk meraikan Syawal selama sebulan, jangan lupa untuk sentiasa tampil segak dan menawan.
Selain wanita, golongan jejaka juga wajar menitikberatkan aspek penampilan diri terutamanya ketika mengunjungi sanak saudara mahupun menghadiri rumah terbuka.
Menurut Perunding Imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin, tata rias asas lelaki adalah sama seperti rutin asas wanita bermula daripada hujung rambut hingga hujung kaki.
Ini kaedah asas perlu dipatuhi buat si lelaki yang mahu kelihatan rapi yang dikongsikan oleh Syaheerah kepada Oh! Lelaki. Setiap anggota badan perlu diberi perhatian. Antaranya:
1) Bahagian kepala
- Pastikan rambut dipotong atau disisir rapi agar kelihatan kemas dan bersih.
- Gunakan minyak rambut dan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Amalan ini membantu mengelakkan masalah rambut berbau dan kelemumur.
2) Jambang
Jaga kebersihan janggut, kumis dan jambang agar tampak segak apabila menyarungkan pakaian pilihan.
3) Kuku
Bahagian kuku juga harus diambil kira memandangkan kebiasaannya kita akan bersalam. Kuku yang kotor akan menyebabkan rasa kurang senang atau rasa geli dalam kalangan orang sekeliling.
4) Kaki
Buat golongan jejaka, anda juga digalakkan supaya memakai sarung kaki sekiranya berkasut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!