Penduduk terkejut tedung selar depan rumah
PENDANG - Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Pendang dapat menangkap seekor ular tedung selar selepas itu muncul di sebuah rumah di Kampung Paya Mengkuang, hari ini.
Pegawai Pertahanan APM Pendang, LT(PA) Muhd Fairus Rosdi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.43 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Anggota APM berjaya menangkap reptilia seberat 10kg berkenaan dengan pantas.
"Ular berkenaan dianggarkan lapan kaki dilepaskan ke satu kawasan hutan iaitu habitat asal tedung selar," katanya.
Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan ditalian 047592124.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!