Anggota kastam menyamar polis kena cekup

Tiga suspek yang berjaya diberkas di Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam kerana dipercayai menyamar sebagai anggota polis.
Tiga suspek yang berjaya diberkas di Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam kerana dipercayai menyamar sebagai anggota polis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kegiatan seorang anggota kastam menyamar polis bersama dua rakannya terbongkar selepas ketiga-tiga mereka berjaya diberkas di kedai makan Kebun Baru, Telok Panglima Garang, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, tangkapan ini susulan kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah syarikat di Klang sehari sebelum tangkapan tersebut.

Katanya, pengurus syarikat terbabit memaklumkan kejadian kira-kira jam 7.30 petang di mana sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki tiga lelaki telah menceroboh masuk ke dalam pejabatnya.

"Ketiga-tiga lelaki terbabit telah memperkenalkan diri sebagi polis sebelum bertindak memeriksa pekerja syarikat tersebut.

"Mereka telah mengambil pasport dan telefon bimbit pekerja terbabit sebelum menahan dua pekerja membabitkan seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar lalu dibawa ke Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya tiga suspek di Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam, yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis.
Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya tiga suspek di Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam, yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis.

Azizan berkata, suspek kemudian telah meminta sejumlah wang RM3,000 daripada pekerja terbabit, namun pekerja itu hanya dapat menyerahkan RM300 sahaja.

Tambahnya, kedua-dua pekerja itu kemudian telah ditinggalkan di Bukit Tinggi, Klang.

Artikel Berkaitan:

"Hasil risikan dan maklumat, sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Polis Balai Telok Panglima Garang berjaya mengesan tiga suspek terbabit di sebuah kedai makan di Telok Panglima Garang kira-kira jam 1 pagi.

"Sebuah Perodua Kancil telah dirampas dan pemeriksaan menjumpai pelbagai barang seperti sepasang baju uniform kastam, sebilah pisau, pelbagai pasport warga asing, kad kredit, wang tunai, telefon bimbit (12 unit) dan dadah seberat 18.38 gram," katanya.

Sebuah Perodua Kancil yang dirampas dengan tertangkapnya tiga suspek di Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam.
Sebuah Perodua Kancil yang dirampas dengan tertangkapnya tiga suspek di Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang didapati positif dadah itu kini direman tujuh hari sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam jenayah ini. Kita percaya suspek ade terlibat di beberapa daerah lain berdasarkan modus operandi yang dilakukannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!