JKNP gerakkan pasukan pantau penularan penyakit orang asli

Shaari Ngadiman
Shaari Ngadiman
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah menggerakkan Pasukan Bergerak Orang Asli (PBOA) bagi memantau sebarang penularan penyakit termasuk mengekang pneumonia seperti yang berlaku di Kelantan.

Pengarah JKNP, Datuk Dr Shaari Ngadiman berkata, sejak dahulu lagi Pahang satu-satunya negeri yang menubuhkan pasukan PBOA di 11 daerah di negeri ini, dengan kekuataan anggota dari lima hingga tujuh orang.

Menurutnya, pasukan ini akan memantau perkampungan orang asli di daerah masing-masing dan mengemukakan laporan sekiranya terdapat penularan penyakit yang perlu diberikan perhatian serius oleh JKNP.

"Pasukan tersebut turut dianggotai pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, pegawai dan penolong pegawai pemerhati, pemandu dan sebuah kenderaan khas.

"Pasukan PBOA ada masuk ke perkampungan orang asli sehari sebelum raya dan hari ini mereka sekali lagi ke Kampung Batik, dekat sini.

"Pihak JKNP akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini petang nanti," katanya.

Terdahulu, akhbar sebelum ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy berkata, JKNP diminta memantau penularan penyakit radang paru-paru di negeri ini termasuk kemasukan orang asli dari Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!