Punca tidak upaya tahan batuk...

Batuk tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman.
Batuk tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman.
A
A
A

BUNYI batuk kuat dan melengking membuatkan anda berasa malu. Anda tidak berupaya menahan daripada terus batuk apabila rasa gatal dan sakit di bahagian kerongkong.

Batuk berpanjangan ini mengganggu aktiviti harian, namun tahukah anda ada sebab tersendiri mengapa anda batuk?

Sebenarnya batuk adalah tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman.

Batuk juga berfungsi untuk menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan yang akan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru.

Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Punca batuk

1. Jangkitan salur pernafasan

Seperti bronkitis, sinusitis atau paru-paru (pneumonia, tuberkulosis). Jangkitan ini memberi masalah kepada saluran pernafasan bahagian atas.

2. Asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran

Elak tempat sebegini dan pakai topeng muka untuk melindungi saluran pernafasan.

3. Demam yang berlebihan

Artikel Berkaitan:

Salah satu penyebab mengidap batuk. Bagi mengurangi batuk, perlu menjaga suhu badan agar tidak naik lebih tinggi.

4. Pengambilan ubat

Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Petua hilangkan batuk

- Perah limau nipis atau lemon dan ambil jus dan campur dengan madu. Minum sekali sehari.

- Rebus daun sirih dan ambil rebusan minum selama sekali sehari.

- Kunyit hidup ditumbuk dan campur dengan madu atau susu. Minum sekali sehari.

- Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

- Jauhi tempat berdebu dan tempat yang sejuk.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!