Saipolyazan ketua pegawai eksekutif baharu LZS
SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengumumkan pelantikan ketua pegawai eksekutif baharunya, Saipolyazan Mat Yusop berkuatkuasa hari ini.
LZS dalam satu kenyataan media memberitahu, Saipolyazan mengisi jawatan tersebut yang dikosongkan oleh Hussin Mohd Ali sejak 10 Oktober 2017.
Menurut kenyataan tersebut, sebelum ini, Saipolyazan pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan.
"Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini adalah Ketua Pengurusan Fasiliti di Alborj Facility Management (Arab Saudi), Pengarah Pengurusan Fasiliti IBEX Management Services Sdn Bhd, Pengarah Operasi Kumpulan IBEX Group of Companies, Ketua Perancangan dan Pembangunan Celcom Kawasan Tengah serta Penolong Pengurus Telekom Malaysia.
"Semoga pelantikan ini akan dapat meneruskan visi LZS untuk memperkasakan lagi pengurusan zakat di negeri Selangor," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!