Kongsi foto terbaru suami, peminat tinggalkan komen mengjengkelkan...

Aliff Aziz dan Bella Astillah Foto Instagram Aliff Aziz
Aliff Aziz dan Bella Astillah Foto Instagram Aliff Aziz
A
A
A

PELAKON Aliff Aziz ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) miliknya menerusi sebuah entri terbaru.

Foto tersebut menunjukkan Aliff memakai serban serta mengenakan pakaian serba putih ketika menjalani sebuah penggambaran. Malah dia juga turut meninggalkan kapsyen.

"Peganglah tajam pedangmu dan tinggalkan sarungnya. Kerana yang dinilai itu adalah kehebatan peribadi seseoramg dan bukanlah pakaiannya," tulisnya.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah turut meninggalkan komen di ruangan entri tersebut.

Namun, komen tersebut telah menarik perhatian seorang netizen.

"Love love pula, eh inilah suami awak yang playboy tu kan, yang awak buka aib dia itu kan. Alhamdulillah sudah berbaik. Nanti kantoi curang lagi jangan post-post tau," tulis netizen tersebut.

Bella tidak berdiam diri malah terus menjawab.

“Salam awak, rajinnya buat fake account hee. Biarlah saya nak post kat IG saya, bukan IG awak. Kirim salam mak ayah ye... Pandai mereka didik anak macam awak,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Aliff turut muncul di ruangan komen tersebut bagi menenangkan Bella.

"Biarlah manusia kiriman syurga nak tulis macam-macam yang. Terkena batang hidung sendiri senget baru dia rasa," balasnya.

Rata-rata pengikut Aliff turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut kerana mengungkit kisah lama.

Malah peminat turut mengecam tindakan individu itu.

"Ha ha ha ha tak sedar diri ke adik, jangan sibuk hal orang, nanti kena dekat batang hidung sendiri baharu tahu," tulis nurinsyafiqaah.

"Apa benda kau ini. Hal rumah tangga orang tak payah masuk campur. Esok kau kahwin jaga laki kau bebaik. Jangan pula laki kau ada perempuan lain belakang kau. Baharu kau rasa langit rendah," tulis nor_azza2412.

"Setiap manusia itu tiada yang sempurna. Mungkin itu silap yang dia pernah buat tetapi dia berubah. Silap awak nak buat nanti tidak tahu lagi. Mana tahu awak terus jadi s****l, tak sempat berubah...," tulis alinazainuddin.

"Adik kau ada pengalaman kena curang ke? Sensitif semacam sahaja kakak tengok," tulis aamn20_.

"Kenapa ada manusia hati busuk macam ini, mohon cuci hati awak dalam mesin basuh bagi bersih...," tulis meylis_sasa.

"Budak baru nak 'up'... Kahwin pun tidak lagi, sudah sibuk urus rumah tangga orang," tulis fatien_amy.

Namun, sebahagian peminat menyarankan agar pasangan itu tidak menghiraukan komen netizen itu dan mengharapkan rumah tangga pasangan itu terus berkekalan.

Alif dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ayden Adrean 8 Julai 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!