MBPJ laksanakan Kempen Pengurangan Kompaun

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan Kempen Pengurangan Kompaun tertunggak dan semasa bagi kesalahan lalu lintas serta parkir bermula 1 sehingga 30 Jun ini.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut sekali gus memberikan peluang kepada orang ramai untuk membuat bayaran untuk kompaun tertunggak dengan kadar yang berpatutan.

"Kempen ini diadakan sempena sambutan ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-13 pada 20 Jun ini.

"Kempen pembayaran kompaun itu tidak membabitkan kes kompaun yang telah didaftarkan ke mahkamah," katanya pada kenyataan itu.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menjelaskan semua bayaran tertunggak melalui semua saluran atau kaedah yang digunapakai MBPJ,” katanya.

"Orang awam boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Pembayaran di Ibu Pejabat MPBJ; Lobi Menara MBPJ dan sistem atas talian di https://epay.mbpj.gov.my.

"Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi pintar SMART PJ Enforcement atau layari laman sesawang www.mbpj.gov.my atau hubungi di talian 03-79588085 sambungan 125/126," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!