Jangan membalas cacian orang kepada kita

Jangan mudah melatah apabila dicaci, dikeji atau diumpat oleh orang lain, sebaliknya bersabarlah. -GAMBAR HIASAN.
Jangan mudah melatah apabila dicaci, dikeji atau diumpat oleh orang lain, sebaliknya bersabarlah. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

APABILA berdepan kata cacian ditujukan kepada kita, memang tiada siapa yang dapat menahan betapa sakitnya hati ini tatkala mendengarnya.

Adakah kita patut membalasnya atau berdiam diri dan memekakkan telinga sahaja?

Sebagai orang Islam yang beriman, kita sebenarnya mempunyai dua pilihan untuk bertindak.

Pertama, lakukan tindakan yang mendatangkan pahala dan lagi satu tindakan yang memenuhkan 'saham' dosa.

Jadi, mana satu pilihan kita?

Sebaiknya, pilihlah tindakan yang mendatangkan pahala kepada kita iaitu berdiam diri adalah lebih baik.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada orang yang mencaci maki kamu tentang apa yang dia ketahui pada dirimu, janganlah kamu mencaci maki dia tentang apa yang kamu ketahui pada dirinya kerana pahalanya untuk kamu dan kecelakaan untuk dia." (Riwayat Ad Dailami)

Hadis itu mengingatkan kita agar jangan mudah melatah apabila dicaci, dikeji atau diumpat.

Artikel Berkaitan:

Serahkan semua itu kepada ALLAH SWT.

Contohilah sikap Rasulullah SAW yang sentiasa bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada ALLAH SWT.

Malah, baginda tidak pernah membalas dengan kata-kata kesat. Sebaliknya, hanya tersenyum dan menasihati secara berhemah serta tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.

Salah seorang sahabat yang rapat dengan baginda SAW, Anas bin Malik RA menceritakan, Rasulullah tidak pernah melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mencaci maki.

Kata Anas bin Malik lagi, ketika seseorang mencela baginda SAW sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang sepatutnya sahaja.

Belajarlah untuk menerima segala kepahitan cacian orang kepada kita dengan bersikap terbuka dan mengadulah pada ALLAH SWT.

Sesungguhya, pahala yang kita cari, bukannya perkara yang mendatangkan dosa.

(Sumber: Mohd Nasruddin Dasuki)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!